Rabu, 21 Disember 2011

kebaikan SUJUD


16 KEBAIKAN SUJUD DALAM SOLAT


 

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada   

    tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud 
   adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian    
   belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud 
    dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih 
    kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran 
    perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah 
       berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita 
       bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar 
     daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah 
     dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah 
      ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan 
     sebagainya. 
 
15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di 
      hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur   
      dan  sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan 
      menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan   
      pening  kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal 
      fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak 

dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya 

dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu 

a’lam.


dipetik dari:Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden

Selasa, 21 Jun 2011

apa itu qarin?


 
APA ITU QARIN??

Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing? setiap kali lepas ibu kita bersalin.. si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita.. sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu.. dipanggil sebagai Qarin...
Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.
Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi.

Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi.
Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jgn terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa..
contoh: jika seseorang mati dilanggar kereta ketika sedang menahan teksi..

Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini.. tak kira jin atau syaitan atau Qarin.. semuanya adalah makhluk Allah belaka.
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca..
A'uzubillahiminashaitonirrajim... insyaAllah.. selamat... .. kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan... .

Wallahualam

Lelaki lebih ramai dari wanita




Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena ‘marriage squeeze’, iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita.
Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.
Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.




“Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) & Pelan Tindakan DKN di Wisma Negeri di sini, semalam.
Beliau berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pasangan, sekali gus menyumbang kepada isu kahwin lewat di kalangan lelaki. Selain itu, kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.

sumber : Berita Harian
Related Posts with Thumbnails